jem sangat jalan petang ni di depan bangunan kamdar KB . lama juga aku tercegak bak polis trafik menanti nak lintas jalan untuk ke stesen bas. bandar KB sememangnya mewah dengan kenderaan dua, empat dan dua belas kaki.
seorang wanita berpurdah keluar dari perut kereta kancil. aku mengekori dia dengan anak mataku, bolehlah aku lintas dengan akak ni !!! hatiku melirit senyum. aku menoleh. " susahnya nak lintas kak petang khamis cam ni." aku. "ya dik, tak pa kita lintas sekali," akak .
sambil tangannya memegang lenganku. dia wanita berpurdah yang tidak sombong.
tangannya aku kucup setelah sampai di seberang jalan sebelum kami berpecah. aku sempat menoleh ke arah wanita tersebut dan dia sedang memberi sesuatu kepada pengemis yang duduk di luar Mybank.
biar singkat pertemuan. ia cukup memberi rasa puas. benarlah ukhwah fillah sangat manis. dan mungkin juga kakak tadi ikhlas denganku sebab itulah aku rasa rindu dan one day become i wish will meet she again. mungkin dalam sebuah pertemuan indah. :]
gua SYG Allah
No comments:
Post a Comment